MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI
DAKWAH
Media dan teknologi memainkan peranan penting dalam
menyebarluaskan maklumat dan
mendidik masyarakat tentang
isu-isu yang berkaitan
dengan masalah sosial, ekonomi, politik dan agama. Terdapat
banyak kesan positif dan negatif yang diperoleh daripada hasil
penggunaan media secara
berterusan. Media dianggap
sebagai satu mekanisme
perhubungan yang kuat kerana ia boleh memberi impak yang sangat besar dalam
aspek kehidupan. Sehingga tahun 1980-an,
media hanya bergantung dengan penggunaan media cetak dan media elektronik
sahaja, seperti televisyen dan radio. Dua puluh lima tahun lalu dunia global
telah melihat berlakunya transformasi
yang begitu pesat daripada penggunaan media tradisional
kepada media baru.
Ianya berpaksikan teknologi
digital seperti Internet dan
permainan video, kemunculan televisyen digital, penerbitan dalam talian,
perisian komputer dan
rangkaian media sosial
seperti Facebook, blog,
Twitter dan sebagainya. Menurut Faatin dan Mujabeen (2005), “The new information technology is radically
transforming the world closer to realizing Marshall McLuhan‟s notion of global
village, which has been the
major sources that
questioned cultures, social
and political movements”. Justeru,
fenomena media sosial
telah mendapat peningkatan
populariti yang begitu ketara sejak akhir dekad ini.
Perkembangan baru dalam dunia teknologi telah memberi satu inovatif
untuk seseorang individu
berkomunikasi. Menurut Boyd
dan Ellison (2007) individu yang
menggunakan laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace secara
tidak langsung telah
mewujudkan dan mengekalkan
hubungan komunikasi antara satu sama lain. Pengguna boleh memuat naik
gambar, mengemaskini status aktiviti yang mereka lakukan pada waktu tertentu,
dan menghantar mesej peribadi atau
terbuka kepada sesiapa
sahaja yang mereka
mahu.
Pada zaman teknologi bermaklumat kini laman media sosial
seolah-olah menjadi semakin popular dan pesat, terutamanya di kalangan remaja
(Pempek, Yermolayeva & Calvert, 2008).
Secara khususnya, pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh media social.
Ini meliputi penyebaran pelbagai mesej komunikasi dakwah seiring dengan konsep amar
maaruf nahi munkar yang
dititikberatkan dalam Islam. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh
mana penggunaan media sosial mempengaruhi penerimaan mesej dakwah dalam
kalangan mahasiswa. Manakala objektifnya adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan
media sosial yang
berperanan mempengaruhi tahap penerimaan mesej dakwah melalui media
sosial.
OBJEKTIF
Media
sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan melalui
aplikasi-aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp. Media sosial
juga merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial. Dakwah pula merupakan suatu
interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk
menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada
Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam.
Dakwah
berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ajakan dan seruan sebagaimana frasa
dalam bahasa arab yang membawa erti “Menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran”. Kita hendaklah berdakwah kerana Islam mengajar dan menegaskan
kepada kita untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan seperti
mengajak untuk tolong menolong sesama jiran yang berada dalam
kesusahan. Contoh ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah
al-Maidah, ayat yang ke 2 yang bermaksud, “Dan tolong menolonglah kamu dalam
mengerjakan kebaikan”. Kita juga ditegaskan supaya membawa masyarakat untuk
keluar daripada lembah kemaksiatan dan keburukan seperti perbuatan melakukan
zina yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pengharamannya.
Berdakwah
dalam media sosial merupakan inisiatif yang berkesan dan memberi implikasi
positif . Implikasi melalui penggunaan media sosial ini dapat dilihat melalui
sudut masyarakat dan individu itu sendiri. Implikasi terhadap individu melalui
pendekatan dakwah memberi kesan apabila seseorang individu mampu menjalankan
tanggungjawab dengan baik.
Dakwah
yang disebarkan memberi jalan lurus kepada manusia untuk sentiasa melakukan
perintah Allah mengikut acuan yang betul. Faktor penting implikasi terhadap
individu ini ialah kembali mentaati perintah Allah. Hal ini
disebabkan oleh ukuran Allah adalah melalui takwa kepada-NYA. Allah tidak
melihat pangkat atau kedudukan seseorang hambaNYA ataupun paras rupa.
Melakukan
perintah Allah seperti solat menjadi kewajipan dalam beragama manakala dakwah
memberi kesan terhadap kebaikan masyarakat sosial, apabila masyarakat hidup
bersatu padu dan aman harmoni tanpa persengketaan. Hasil daripada implikasi
dakwah Islam yang dibuat, ia dapat membendung kemaksiatan dan kemungkaran.
Dalam
pada itu, penyebaran dakwah melalui media sosial menjadi keutamaan kerana mampu
mensasarkan lebih ramai target melalui pendedahan dakwah yang dilakukan atas
tujuan menyeru kepada kebaikan. Sebagai contoh, seorang pendakwah berceramah
tentang adab menyambut tetamu melalui aplikasi Facebook.
KEDUDUKAN MEDIA DALAM ISLAM
Media dalam Islam juga banyak membantu pendakwah dalam
memahami sasaran dakwahnya. Etika dalam komunikasi media yang berkesan akan
membuatkan sasaran dakwah percaya kepada pendakwah dan akan menceritakan
permasalahannya yang wujud (Izwah 2010). Adalah menjadi satu kewajipan kepada
para pendakwah untuk menyumbang kepada dakwah melalui pendekatan yang sesuai
dan selaras dengan tahap golongan sasaran melalui saluran media yang berkesan
pada abad ini yang disebabkan oleh populariti dan peranannya sebagai senjata
yang mempunyai serampang dua mata (Badlihisham 2012). Penggunaan media telah
lama digunakan dalam Islam dan ianya telah muncul sejak awal zaman Rasulullah
SAW. Sebagai contoh, al-Quran mendatangkan cerita-cerita zaman dahulu yang
boleh digambarkan seolah cerita-cerita drama. Begitu juga Rasulullah telah
menugaskan beberapa orang sahabat untuk berseni di pentas-pentas syair sebagai
cara menyebarkan dakwah dan juga membalas tohmahan para musyrikin seperti mana
baginda mengarahkan Hassan bin Tsabit ketika perang Bani Quraizhah: “Seranglah
kaum Musyrikin (dengan syairmu), kerana Jibril bersamamu” (al-Bukhari, no. 6153
dan Muslim no. 2486). Ini kerana pentas syair boleh dianggap sebagai media
utama masyarakat Arab ketika itu.
SYARAT-SYARAT
MEDIA DALAM ISLAM
Penggunaan media seperti internet yang meluas melalui
laman blog, Facebook, Twitter, Skype, Instagram dan lain-lain di samping media
massa yang sedia ada seperti akhbar, radio dan televisyen merancakkan lagi
penyebaran maklumat dan informasi dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, media
massa memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting serta amanah yang sangat
berat dalam menyampaikan maklumat yang benar, tepat dan berfaedah kepada
masyarakat. Bukan itu sahaja, bahkan maklumat yang disebarkan oleh media massa
juga perlu mengambil kira tanggungjawab untuk mendidik masyarakat ke arah
kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
PERANAN
MEDIA DALAM ISLAM
Melalui penggunaan media, pelbagai keperluan semasa umat
Islam dapat dicurahkan oleh umat Islam itu sendiri mengikut citarasa
kontemporari yang sesuai dengan ajaran Islam dan yang sentiasa menjadi pilihan
alternatif umat Islam sekarang. Penggunaan media dalam Islam seharusnya lebih
menekankan konsep tauhid dan menjadikan Islam sebagai acuan hidup mereka.
Peranan media dalam Islam mesti menonjolkan prinsip yang selari dengan ajaran
yang telah ditetapkan oleh Islam. Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai
ruang lingkup yang lebih luas tentang media, Islam telah menetapkan bahawa
media Islam mestilah selari 97 dengan peranan agama Islam itu sendiri. Ianya
terkandung dalam al-Quran Surah al-Hujurat ayat 6 dengan maksud: Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
Jelas di sini bahawa peranan media yang dibawa harus
berdasarkan dan bercorakkan kepada prinsip kebenaran dengan disokong oleh fakta
dan bukti yang jelas. Tanpa bukti dan fakta yang jelas, ianya akan merosakkan
perpaduan malah akan mengakibatkan perpecahan antara umat Islam. Berita yang
disampaikan atas dasar sangkaan, khabar angin ataupun pendustaan atau penipuan
mesti ditolak sama sekali. Peranan yang ditetapkan dalam Islam perlu digalas
oleh pengamal media yang menjadikan media sebagai salah satu platform dalam
mengembangkan ilmu agama. Ianya harus disampaikan dengan bijaksana dan
bersistematik agar dapat membantu masyarakat lain dalam memahami kehendak
Islam.
PENYELESAIAN MASALAH DAKWAH ISLAM DI LAMAN SOSIAL
Sebagai
pengguna media baru untuk tujuan pembelajaran agama, pengguna perlu memahami
bahawa sebarang bentuk maklumat atau berita dalam media baru datang dari
pelbagai latar belakang penulisan dan pendapat. Dalam menangani isu ini,
pengguna boleh menerima maklumat yang disampaikan oleh penulis sesawang ini
dengan cara membuat perbandingan dengan maklumat lain dan melakukan rujukan
agama dengan sumber lain dan selagi penulis tidak menokok tambah huraiannya sehingga
menyimpang dari maksud asal, penerima maklumat tersebut boleh menerima
kebenaran maklumat tersebut.
Dalam
menghadapi masalah kebanjiran maklumat agama sehingga menimbulkan rasa tidak
senang serta sukar memilih maklumat yang tepat, pengguna atau penerima maklumat
tersebut boleh merujuk kepada ciri-ciri kredibiliti maklumat yang disampaikan
tersebut samada ianya benar atau sebaliknya. Sekiranya laman yang
dituju menyentuh masalah soal jawab agama, jawapan yang diperolehi hendaklah
dibandingkan dengan pendakwah terkenal yang dirujuk oleh majoriti pengguna
untuk membuktikan kesamaannya, penulis tidak menyokong mana-mana pihak, tidak
bekerja dibawah pengaruh orang lain, mempunyai pengetahuan mengenai aspek dan
isu-isu Islam, berdasarkan al-Quran dan Hadis, selaras dengan pemikiran Islam
serta berintegriti dan bertanggungjawab.
KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN MENYAMPAIKAN DAKWAH DI LAMAN
SOSIAL
Sejak
internet diperkenalkan, ia telah memberikan banyak faedah kepada umat manusia.
Namun demikian, ramai juga yang telah menyalahgunakannya. Justeru, teknologi
maklumat yang sedang mendominasi dunia ICT ini mestilah dipelihara dengan
sebaik-baiknya agar ia memberikan faedah kepada umat manusia manakala
elemen-elemen negatif berkaitan dengannya mestilah dijauhi.
1.Kaedah
pengajaran dan pembelajaran Islam
Sebelum
ini, kaedah ini di lakukan secara berkesinambungan mengikut tradisi yang penuh
dengan nilai-nilai agama. Penyampaian berita dalam Islam pada asasnya telah
dibuat dengan teliti dan disampaikan dari satu generasi kepada generasi
berikutnya berdasarkan kitab-kitab muktabar yang diturunkan secara mutawatir.
Tetapi, sekerang kandungan maklumat agama melalui internet dilihat terlalu
terbuka dan bebas tanpa tapisan serta boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
dengan cara memuat turun berita secara bebas tanpa kita sedari ianya tidak
bertepatan dengan syariat islam.
2.Ruang
internet yang terbuka dan bebas
Maklumat
agama yang terlalu luas sehingga boleh menjadikan semua penjelasan agama begitu
mudah didapati menyebabkan berlakunya pengumpulan maklumat agama secara
berlebihan yang membawa kepada masalah kebanjiran maklumat. Masalah kebanjiran
maklumat boleh mewujudkan suasana huru-hara dalam mencari maklumat yang dapat
dipercayai. Antara tanda-tanda lebihan muatan maklumat ialah rasa cemas
(anxiety), kecewa, marah, lemah semangat, kacau bilau, keliru dan hilang
kawalan diri bersangkutan maklumat.
Penggunaan
media BARU ini juga kerap kali disalah guna apabila ia dijadikan platform untuk
penyebaran fitnah dan perkara itu amat mudah diterima oleh masyarakat walaupun
kesahihan berita masih belum dapat dipastikan lagi. Ditambah pula dengan sikap
rakyat di negara ini yang gemar berkongsi tanpa memastikan kesahihan sesuatu
maklumat boleh membawa kepada keburukan seperti penyebaran fitnah sehingga
boleh membawa menjatuhkan air muka seseorang, memburukkan sesebuah agama atau
negara.
3.Keperluan
terhadap media baru sebagai tempat pembelajaran agama
juga
menuntut kepada integriti dan fokus kawalan yang tinggi. Internet pada asasnya
adalah sebuah media sosial yang mendedahkan kebaikan tetapi pada masa yang sama
berbaur dengan pelbagai keburukan di dalamnya. 25 Internet telah memberikan
banyak faedah kepada umat manusia sejak ia diperkenalkan. Walau bagaimnapun, ramai
pengguna terutamanya kelompok belia telah menyalahgunakannya. Maklumat yang
diperolehi daripada saluran ini tidak kelihatan dengan jelas mengenai baik
buruk, benar salah, asli, palsu, berguna dan tidak berguna kerana semuanya
menjadi seakan-akan serba kosong walaupun ia juga boleh menjadi serba boleh,
serba benar, serba berguna.
FACEBOOK SEBAGAI MEDIA DAKWAH
Dunia media dan komunikasi berkembang
sangat pantas. Media massa bukan lagi hanya bergantung kepada surat akhbar
bercetak tetapi kini sudah beranjak kepada media sosial. Cuma sisi positif dan
negatif dalam media itulah yang boleh membezakan sama ada ia digunakan ke arah
kebaikan atau sebaliknya.
Dunia perhubungan manusia berubah
dengan sangat pantas. Daripada surat dan telegram, kini manusia mampu
berkomunikasi hanya dengan petikan kekunci komputer atau di skrin telefon
pintar. Informasi disebar secepat kilat dengan kemunculan media sosial di
internet.
Laman sosial seperti Facebook dan Twitter sebenarnya
boleh menjadi sumber pahala apabila digunakan dengan betul. Ia boleh menjadi
pemudah azab apabila digunakan tanpa ilmu dan had. Ia bagaikan dwifungsi pisau,
boleh digunakan untuk memotong makanan bagi tujuan memberi manfaat membantu
memudahkan urusan, sebaliknya mudarat jika digunakan untuk tujuan kekerasan.
Oleh itu, laman sosial seperti Facebook sebenarnya
boleh digunakan bagi tujuan agama. Lebih tepat lagi untuk tujuan dakwah iaitu
mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Facebook bersifat wasilah penyampaian bagi memanjangkan isi
kandungan agama. Ia disifatkan sebagai wasilah atau media menyampaikan dakwah
mengambil kira kepantasan sesuatu maklumat itu disebarkan.
Dr. Yusof Al-Qardhawi memberi definisi dakwah sebagai
usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama
ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala
bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan
diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut)yang terpaksa
dipatuhi. Malah memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah,
menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan berjihad pada jalannya.
Walau bagaimanapun, penyebaran maklumat melalui media
laman sosial haruslah mengambil kira ketepatan fakta serta kesahihan sumbernya.
Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 6 bermaksud:
Maksud:Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Surah Al-Hujurat ayat 6)
Ayat ini menghendaki supaya diselidiki sumber maklumat
untuk menentukan kebenaran demi menjaga kemaslahatan ummah daripada terjebak ke
dalam sesuatu musibah hasil penyebaran maklumat yang salah.
Pelaksanaan dakwah hari ini memerlukan pelbagai
pendekatan. Para pendakwah masa kini perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan
teknologi maklumat dan media sosial supaya pengetahuan tersebut dapat digunakan
sebagai medium dakwah masa kini. Islam tidak boleh dilihat mundur kerana tidak
mahu mengikut arus kemodenan teknologi maklumat semasa. Oleh itu, pendakwah
bertanggungjawab untuk memahirkan diri bagi membolehkan dakwah dilaksanakan
menerusi media sosial seperti Facebook, Youtube dan
sebagainya.
Peranan Facebook sebagai medium dakwah
dilihat sebagai peluang baik bagi mengoptimumkan variasi penyebaran dakwah
melalui komunikasi media internet. Ia memberi ruang interaksi dengan pendakwah
dengan lebih dekat lagi. Dakwah harus bergerak mengikut arus kedinamikan media
penyampaian maklumat. Dengan itu dakwah melalui Facebook harus
dilihat sebagai suatu ruang untuk orang awam mendekati pendakwah.
Dakwah melalui Facebook akan memutuskan
halangan jarak dan masa antara pendakwah dengan sasaran dakwah. Ia memecahkan
sempadan dan tembok halangan masa dan ruang. Itulah sebabnya para pendakwah
terkemuka dilihat menambah nilai kepada kaedah penyampaian dakwah melalui
interaksi di media sosial. Sebarang kemusykilan disalurkan secara terus melalui
interaksi sembang (chat).
Facebook merupakan media sosial yang terbuka luas kepada pendakwah
untuk mengetengahkan pemerhatian mereka terhadap isu-isu yang berlaku di dalam
masyarakat. Individu yang menjadi rakan (friend) kepada mereka di
dalam Facebook akan mendapat input baharu daripada isu-isu
yang dikemukakan.
Apatah lagi, dakwah melalui media baharu dapat
mendekatkan diri pendakwah terutama dengan sasaran dakwah remaja. Ia sewajarnya
menjadi teknologi yang dapat menyumbang kepada pembinaan sahsiah diri mereka
yang positif. Maka laman sosial seperti Facebook boleh
dijadikan media yang boleh membina adab dan sahsiah manusia. Cuma, fungsi
dakwahnya iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu
digunakan sebaiknya. Ia selaras dengan firman Allah SWT di dalam surah Ali
Imran ayat 104 yang bermaksud:
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya. (Surah
Ali Imran: ayat 104)
Maka, Facebook dilihat sebagai antara
media yang berpengaruh dan sepatutnya menjadi tumpuan untuk kita menyebarkan
kebaikan. Internet World Statistic melalui
capaian web bertarikh 21 Mac 2014 melaporkan seramai 13,589,520 orang penduduk
Malaysia merupakan pengguna berdaftar laman sosial Facebook.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk memanfaatkan media
sosial bagi tujuan dakwah? Dakwah melalui Facebook yang
paling mudah adalah melalui tulisan status untuk syiar. Penulisan status pada
dinding Facebook adalah perkara asas dan paling mudah
dilakukan. Status di dinding Facebook boleh berbentuk
ayat al-Quran dan hadis yang mengajak kepada kebaikan. Malah, status di
Facebook juga boleh dimuatkan dengan kata-kata hukama’ dan ahli bijak pandai
dalam erti kata berkongsi ilmu dengan rakan Facebook yang
lain. Kaedah ini adalah media dakwah yang paling cepat dan mudah untuk
disebarkan (viral) sekiranya mempunyai nilai ilmu yang bermanfaat.
Selain itu, kemudahan bual (chatting) di Facebook boleh
dimanfaatkan untuk bual bicara malah usrah secara maya. Perbincangan atau chatting melalui
aplikasi Facebook ini boleh menghubungkan ahli usrah selagi
ada capaian internet. Soal jawab kemusykilan agama juga boleh berlangsung
antara ustaz dan anak muridnya.
Aplikasi nota di dalam Facebook pula
bakal memberi manfaat kepada massa melalui perkongsian catatan nota dakwah dan
tazkirah. Menulis nota di ruangan Facebook sama seperti
menulis di blog. Kandungan nota yang mengandungi ajakan kepada kebaikan
disulami dengan hadis dan ayat al-Qur’an mengandungi elemen dakwah yang baik.
Tazkirah ringkas yang menarik akan tersebar luas (viral) dalam waktu
yang singkat. Ia akan menjadi saham akhirat kepada penulis dan individu yang
menyebar luaskan kebaikan tersebut.
Kita juga boleh memanfaatkan ruangan peristiwa (event) untuk
tujuan dakwah dalam Facebook merupakan satu lagi medium
dakwah dalam laman sosial. Ajakan dan jemputan untuk menghadiri majlis ilmu
boleh sahaja dilaksanakan melalui Facebook. Ini menjadikan misi
dan berita program dakwah akan dapat disebarkan dengan lebih cepat, pantas dan
menyeluruh.
Dengan merujuk kepada perkembangan semasa, dakwah kini
harus maju ke hadapan dengan turut menjadikan laman sosial sebagai media
dakwah. Dakwah harus mengambil kesempatan selari dengan rancaknya perkembangan
media baharu untuk menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Dakwah harus merentasi halangan masa dan turut sama
meraikan kepantasan teknologi. Dakwah harus bersifat mengambil peluang kepada
apa juga media yang wujud. Semakin dakwah bergerak secara progresif, semakin
terserlah keindahan dan kehebatan Islam.
Kesedaran mengikuti arus kemajuan
teknologi ini harus selari dengan kekuatan iman di dada. Penapis paling kuat
daripada kebobrokan di internet adalah kawalan iman seseorang itu sendiri.
Selain itu, kawalan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak di internet juga harus
dilaksanakan dengan melihat kepada sejarah aktiviti (paparan history)
di pelayar internet anak-anak. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah daripada
malapetaka dan godaan hawa nafsu syaitan.
RUMUSAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PERBINCANGAN INI IALAH:
Pertama:
Gunakanlah media sosial dengan bijaksana khususnya bagi
tujuan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Kedua:
Janganlah menyebarkan fitnah di dalam media sosial serta
selidikilah kebenaran sesuatu berita sebelum menyebarkannya.
Ketiga:
Lihatlah laman sosial para pendakwah yang aktif, serta
contohilah gaya mereka berdakwah di alam maya.
Keempat:
Lengkapkanlah diri dengan perisai iman dan takwa supaya ia
menjadi pendinding yang kuat.
Kelima:
Setiap orang berpeluang menjadi pendakwah. Oleh itu, kukuhkan
ilmu di dada dengan menghadiri kuliah ilmu di masjid dan surau.
KESIMPULAN
Sudah tiba masanya untuk para
pendakwah bergiat aktif dalam dakwah melalui alam maya (internet) yang tidak
mempunyai sempadan dan tidak pula memerlukan lesen khas. Apatah lagi apabila
pendakwah dilarang daripada menyampaikan ilmu melalui saluran tradisional,
hendaklah dia menggunakan peluang berdakwah melalui saluran moden ini.
Dakwah merupakan satu usaha
sesetengah golongan dalam menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara
bijaksana kepada manusia yang lain. Kepesatan pembangunan teknologi merupakan
satu penjuru yang tidak harus dipinggirkan dalam 24 memartabatkan dakwah agar
pengajaran dan maklumatnya sampai kepada khalayak dengan cepat, tepat dan
berkesan. Kita mesti menggunakan pendekatan media sosial dengan cara yang baik
bukan melakukan benda yang tidak sepatutnya seperti menyebarkan fitnah,
mengecam mana-mana pihak dan sebagainya yang boleh mendatangkan masalah lain seperti
pergaduhan.
Justeru, masyarakat Islam Malaysia perlu memahami
kedudukan sebenar alat sebaran ini serta memanfaatkannya sebaik mungkin untuk
tujuan pembelajaran agama. Walaupun isu yang berunsurkan negatif turut muncul
berikutan penggunaan media baru sebagai wadah pembelajaran agama namun
masyarakat Islam tidak perlu melihat isu tersebut sebagai penghalang
pembelajaran islam dimedia sosial.
Dakwah dalam konteks masa kini haruslah lebih praktikal.
Para pendakwah haruslah menggunakan kesemua uslub dan wasilah yang ada pada
hari ini dalam usaha mengembangkan Islam kepada umum. Kesemua metod yang
digunakan oleh Rasulullah dan para sahabat pada zaman dahulu menjadi pemangkin
pembakar semangat umat sekarang dalam gerakan dakwah yang lebih efektif dan
efisien. Kemunculan pelbagai domain dakwah yang menyediakan pelbagai platfom
untuk menyampaikan ilmu menjadi teras dalam pembungunan sahsiah individu
mengenai Islam dengan lebih terperinci. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan
sebijak mungkin. Kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain
menjadi wasilah kepada para daie pada hari ini untuk berkomunikasi dengan
golongan sasaran mereka dengan lebih rapat dan mesra. Dakwah merupakan satu
usaha sesetengah golongan dalam menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara
bijaksana kepada manusia yang lain. Kepesatan pembangunan teknologi merupakan
satu penjuru yang tidak harus dipinggirkan dalam memartabatkan dakwah agar pengajaran
dan maklumatnya sampai kepada khalayak dengan cepat, tepat dan berkesan.
Kombinasi antara elemen dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang
mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Justeru, penggunaan
media sebagai wasilah dakwah masa kini adalah amat penting dan bersesuaian
dengan keperluan masyarakat.
NAME
|
REG.NUM
|
MOHAMAMAD ADBUL
RAHMAN BIN MOHD KAMARUL ZAMAN
|
02DSB19F1001
|
MUHAMAD AIDIL
BIN ISHAK
|
02DSB19F1035
|
HADI HAFIZAN BIN
MOHAMAD ROZLAN
|
02DSB19F1065
|
WAN MUHAMAD
FADHLAN BIN WAN ABDUL HAMID
|
02DSB19F1059
|
AMEIRUL NABIL
BIN NORZAKIASMAWI
|
02DSB19F1053
|

Comments
Post a Comment